(VIDEO) “Mereka Pernah Bercinta..” – Wanita Sedih Perkahwinan Musnah, Adik Kandung Goda Suami

Kehidupan

(VIDEO) “Mereka Pernah Bercinta..” – Wanita Sedih Perkahwinan Musnah, Adik Kandung Goda Suami

Pastinya setiap individu yang mendirikan rumah tangga bersama pasangan mahu mengekalkan perkahwinan mereka sehingga hujung nyawa, tapi tak dapat dinafikan, pasti banyak perselisihan faham akan berlaku sepanjang hidup bersama dan ianya adalah asam garam rumah tangga.

Bagaimanapun, yang paling ditakuti ramai terutamanya golongan isteri apabila hadirnya orang ketiga yang menghancurkan bahtera perkahwinan yang dibina.

Advertisement

Baru-baru ini, tular di platform TikTok sebuah kisah yang mengejutkan ramai warganet kerana siapa sangka adik kandung sendiri dipercayai telah merampas kebahagiaan kakak sendiri.

Tanpa rasa segan silu, adik wanita ini juga ada memuat naik video mereka di Facebook menunjukkan dirinya sedang bermesra bersama suami kakaknya sedang bersuka ria, seolah-olah ingin memberitahu hubungan mereka kepada umum.

Biarpun berasa sedih dengan apa yang berlaku, sebagai seorang kakak, dirinya tidak mahu memburukkan adiknya serta ikhlas dengan apa yang telah dilakukan oleh suami serta adik kandungnya sendiri.

Bercerita lanjut berkenaan kisah ini, si isteri berkata suaminya dan adik pernah menjalinkan hubungan, namun putus sebelum mereka berdua mendirikan rumah tangga dan mula rapat kembali setelah dia serta suami berkahwin.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang simpati dengan apa yang telah dilalui oleh wanita terbabit dan ada juga yang menasihati agar tidak duduk sebumbung dengan adik perempuan jika sudah berkahwin kerana takut perkara seperti ini terjadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

TikTok
3 years ago

(VIDEO) "Baru 13 Tahun Dik, Belajar Dulu.." - 'Abam' Nurse Geleng Kepala Terima Surat Dari Pesakit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...