Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran video oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memaparkan tindakan vandalisme seorang remaja lelaki telah mendapat kecaman netizen.
Menerusi video rakaman CCTV tersebut, dilihat remaja berkenaan sengaja menekan butang berhenti pada sebuah eskalator di sebuah Stesen LRT di Sri Rampai
Difahamkan, pihak DBKL baru sahaja membaiki eskalator itu selepas perkhidmatannya tergendala namun dirosakkan semula selepas tindakan vandalisme remaja berkenaan.
Eskalator ini baru sahaja dibaiki dan diaktifkan semula untuk kemudahan orang ramai.
Menurut pihak DBKL, butang kecemasan pada eskalator hanya digunakan pada saat-saat kecemasan dan jika salah menggunakan butang tersebut, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator dan akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan remaja itu yang disifatkan menyusahkan dan mempersoalkan mengapa wajah remaja itu dikaburkan dalam rakaman CCTV tersebut.
1 kerja pula technician nak datang sana semata mata nak on balik. Ingat tekan je dah boleh jalan ke. Kalau escalator semudah tu je on mana nak datang safety nya. Benak! – netizen.
“Kenapa di kaburkan muka.. Kalau terjumpa senang nak hantar pergi balai polis. Perkara dah salah! Kira Vandalism, menyusahkan orang ramai yang nak gunakan escalator,” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.