(Video) : Menyamar Jadi Janda Anak 1 Dan Perdaya Ramai Lelaki, Mangsa Rugi RM16,000

Trending

(Video) : Menyamar Jadi Janda Anak 1 Dan Perdaya Ramai Lelaki, Mangsa Rugi RM16,000

Beberapa lelaki mengalami kerugian RM7,000 – RM16,000 selepas diperdayakan seorang lelaki yang menyamar menjadi perempuan di laman Facebook.

Advertisement

Haris Syakirin Shukri, 23, berasal dari Kampung Belakang Pendang, Kedah, didakwa menyamar sebagai Syarifah Syakilla dan Chinta Chanduri yang menggunakan gambar perempuan lain untuk melakukan perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu.

Menurut sumber, dia bukan mahu membuka aib tetapi suspek sudah keterlaluan dan juga mahu semua individu yang pernah menjadi mangsa lelaki ini tampil.

“Hasil siasatan saya sendiri, dia menggunakan gambar orang lain dan menyamar menjadi Chinta Chanduri dan Syarifah Syakilla dengan menagih simpati orang kononnya dia janda anak satu, bercerai sebab dipukul suami.

“Selain itu, dia juga mengajak mangsanya bertunang atau berkahwin, seterusnya disuruh diberikan wang agar dapat membeli cincin tunang/kahwinnya,” katanya.

Namun setelah suspek berjaya ditangkap, suspek mendakwa dirinya telah disihir seseorang di mana dia disihir masuk ke dalam badan seorang lelaki. Dan jika ingin kembali ke susuk tubuh asal, dia perlu minum sperma orang yang dia suka, dakwa suspek.

“Secara berdepan, saya agak terkejut kerana dia memang pandai buat-buat suara perempuan. Mangsa-mangsa dia kebanyakan orang Melayu dan warga asing terutamanya dari Indonesia yang mengalami kerugian wang sebanyak RM7,000 dan RM16,000,” katanya.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : Manna Melynna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...