(VIDEO) “Menitik Air Mata..” – Wanita Tumpangkan Warga Emas Jalan Seorang Diri Undang Sebak Ramai

Kehidupan

(VIDEO) “Menitik Air Mata..” – Wanita Tumpangkan Warga Emas Jalan Seorang Diri Undang Sebak Ramai

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Syafiqah Nazri yang memaparkan seorang warga emas telah mengundang rasa sebak orang ramai.

Menerusi video tersebut, Syafiqah menceritakan apabila dia ternampak seorang warga emas yang sedang berjalan kaki seorang diri di tepi jalan besar sambil memegang ranting kayu pokok.

Advertisement

Pada mulanya, dia tidak dapat memberhentikan kenderaan kerana terlalu banyak kereta di atas jalan, namun wanita itu tekad untuk berpatah balik.

Sadly, atuk tu still tak berganjak dari laluan tu sebab dah tak berdaya sangat nak jalan.

Malah, apa yang lebih menyayat hati adalah apabila wanita itu bertanya mengapa warga emas itu berjalan kaki, jawapan warga emas itu telah menyentuh hati orang ramai.

Atuk nak masukkan duit dekat bank.. nak buat macam mana, motor tak ada. Perlahan-perlahan la jalan, lama-lama sampai je.

@capiqahnzri

al kisah hari ini :) #fypmalaysia?? #tiktokmalaysia?? #foryoupage #fyppelitbangett

? Kiss the Rain – Richard Abel

Sehingga kini, perkongsian video itu telah meraih 2.3M tontonan, 253.3K tanda suka, 10.7K komen di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, video berdurasi 1 minit 10 saat itu telah mengundang sebak orang ramai yang rata-ratanya memuji tindakan murni wanita itu dan mengucapkan terima kasih kerana bersikap prihatin terhadap warga emas berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Siap Dengan Data Lagi.." - Minyak SambalNyet Tumpah, Penjelasan Khairul Aming Dipuji Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...