(Video) : Menguli Tepung Tanpa Pakai Sarung Tangan, Cetus Rasa Kurang Senang Netizen

Trending

(Video) : Menguli Tepung Tanpa Pakai Sarung Tangan, Cetus Rasa Kurang Senang Netizen

Video yang dimuat naik oleh Iky itu viral di media sosial menunjukkan seorang pekerja sebuah restoran mamak sedang menguli tepung tanpa memakai sarung tangan, topi dan jelas sekali telah melanggar peraturan pengendalian makanan.

Advertisement

Rakaman yang dipercayai di rakam di sebuah restoran 24 jam di kawasan Cheras itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang rata-ratanya kembang tekak setelah menonton video tersebut.

“Baru lepas order roti bom dengan roti canai. Bawa keluarga minum petang. Putus selera tengok. Boleh kot uli di tempat tertutup atau beli mesin uli.

“Sampai lengan nuhhh, siap tarik lap peluh bagai. Hangpa tengoklah sendiri. Telan air liur tak tahu nak makan ke tak,” demikian tulis Iky Faiereyl di laman Facebooknya.

Dalam rakaman video berkenaan, pekerja terbabit dilihat sempat mengelap peluh di dahinya sebelum menyambung semula kerja-kerja menguli tepung yang dipercayai untuk membuat menu utama di restoran berkenaan.

Selain itu, sisa-sisa tepung yang melekat di kedua-dua belah lengannya juga turut di gosok dan diuli semula bagi mengelakkan pembaziran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...