(Video) ‘Menghairankan’, Salji Turun Di Jepun Ketika Musim Bunga

Kehidupan

(Video) ‘Menghairankan’, Salji Turun Di Jepun Ketika Musim Bunga

Jepun adalah negara yang mempunyai empat musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Kesemua musim tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Baca: Netizen Korea Dan Jepun Marah Selepas Rakyat Mereka Didedahkan Langgar PKP Di Malaysia

Advertisement

Di Jepun, biasa akan mengalami musim bunga bulan Mac hingga Mei iaitu sekitar bulan ini, tetapi semalam dikhabarkan bahawa salji sudah turun di sekitar kawasan Tokyo. Hal ini sangat menghairankan kerana musim sejuk selalunya akan berlaku di sekitar bulan Disember hingga Februari.

Menurut Jabatan Meteorologi di Jepun mereka menjangkakan bahawa salji setebal 20 cm akan menutupi kawasan bergunung di sana dalam tempoh 24 jam.

Selain itu, kawasan rendah dan kebanyakkan tempat di kawasan Tokyo pula dijangka akan diliputi salji setebal 5 cm.

Turut dilaporkan bahawa perkara ini berlaku kerana berlaku penurunan suhu sehingga kurang 1°C di sekitar kawasan Kanto-koshin serta wilayah Yamanashi dan Nagano.

Melalui perkongsian di Twitter, banyak video dan gambar yang telah dikongsikan oleh ramai masyarakat setempat di sana tentang kejadian pelik itu.

 

 

Kebanyakan gambar dan video tersebut menunjukkan suasana cantik yang telah berlaku disana.

Menurut Persatuan Cuaca Jepun, hal ini kali pertama dalam 32 tahun, rakyat dapat menyaksikan salji berukuran 1cm menutupi bandar Tokyo pada akhir bulan Mac. Warga tempatan diingatkan supaya berhati-hati berikutan jalan yang berais.

Tidak hairan lagi salji yang turun ketika musim bunga memang menghasilkan pemandangan yang sangat cantik. Tetapi apa yang pelik adalah mengapa ianya boleh berlaku?

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...