Video Mengamuk Dengan MPSJ Viral : Lan Pet Pet Mohon Maaf

Hiburan

Video Mengamuk Dengan MPSJ Viral : Lan Pet Pet Mohon Maaf

Sejak beberapa hari lepas, video pelawak Lan Pet Pet yang mengamuk dan memarahi penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi viral di media sosial.

Dipercayai kejadian berpunca daripada tindakan penguatkuasa MPSJ yang mengunci tayar kereta milik Lan sedangkan pada waktu itu enjin tidak dimatikan dan isterinya juga berada didalam kereta.

Advertisement

Dek kerana video itu, ramai yang menyalahkan dan melemparkan pelbagai kritikan kepada pihak MPSJ.

Walaubagaimanapun, Lan meminta agar perkara tersebut tidak lagi dipanjangkan dan mengakui ia sebenarnya kesilapan beliau.

Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguatkuasa MPSJ apabila video itu menjadi ‘viral’ semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan.

Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan.

Buat Lan apa yang berlaku memberikan beliau pengajaran dan menasihati agar mereka yang bergelar selebriti harus mematuhi undang-undang dan jangan menggunakan populariti untuk melakukan sesuatu perkara sesuka hati.

Pada masa yang sama, Lan merasa agak terkilan apabila ada pihak merakam aksi beliau itu tanpa kebenaran dan menyebarkan video berkenaan.

Saya tak pasti siapa yang merakam video itu. Disebabkan mereka juga perkara ini kecoh dan ramai yang menyalahkan anggota penguatkuasa MPSJ. Pendek kata individu berkenaan cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

Apa pun perkara ini sudah diselesaikan dengan cara baik dan saya pun sudah membayar kompaun. Saya hormat mereka kerana masih boleh dibawa berbincang walaupun selepas saya memarahi mereka.

Respek pada Lan Pet Pet kerana mengakui kesilapan beliau. Apa-apa pun, perkara sudah diselesaikan secara baik dan tidak perlu lagi kita mengkritik mana-mana pihak.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...