Pelakon, Sharifah Sakinah kini tampil dengan imej terbaharunya apabila memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Sakinah dilihat menggayakan circle sequin dress berwarna merah jambu hasil rekaan daripada pereka, Afiq M.
Difahamkan, pelakon berusia 33 tahun itu menghadiri sebuah acara pelancaran produk kecantikan dari Perancis.
Dalam hantaran berbeza, Sakinah turut memuat naik video memaparkan dirinya menari sambil menikmati lagu daripada penyanyi E.noxz, Golden Livin’.
I don’t fit in. Never did. Never wanted too . I do my own thang . I create my own universe.
Bagaimanapun, perkongsian pelakon Girlfriend Dari Neraka itu telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Sakinah menunjukkan teladan yang baik memandangkan dia juga merupakan seorang ibu kepada seorang cahaya mata perempuan.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan air yang dipegangnya di dalam gambar tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.