(VIDEO) Menari Bersama Lelaki Berseluar Dalam, ‘MV’ Baby Shima Undang Kontroversi

Hiburan

(VIDEO) Menari Bersama Lelaki Berseluar Dalam, ‘MV’ Baby Shima Undang Kontroversi

Baru-baru ini, penyanyi dangdut sensasi iaitu Baby Shima telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram mempromosikan muzik video terbaharunya berjudul Sejenak Sendiri.

Menerusi video tersebut, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima binti Ramli dilihat bersama tiga orang penari yang hanya memakai seluar dalam.

Advertisement

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 24 tahun itu turut berseloroh sama ada dia boleh mengalahkan penari usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri menerusi ruangan kapsyen.

Dah release guys!!! Music Video Sejenak Sendiri ni boleh kalah kan penari dato aliff syukri tak??

Dalam pada itu, Shima turut memaklumkan para peminat boleh menyaksikan muzik video penuh di YouTube dan lagu ini hanya dikeluarkan untuk pasaran di Indonesia.

Full video di youtube nagaswara official tq. Ni untuk market Indonesia ya.

Susulan itu, perkongsian klip video tersebut mendapat kecaman orang ramai yang mendakwa penyanyi lagu Bang Jamal itu seakan-akan sengaja mengundang kontroversi.

Malah, ada juga segelintir netizen yang menegur Shima kerana tidak mengambil pengajaran daripada video-video kontroversi sebelum ini.

Bagaimanapun, penyanyi itu kini telah menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ibu Wafariena Iqbal Zulkefli
1 year ago

“Apa Motif Sebenarnya?” - Nama Anak Terpalit Gosip Cinta Murahan, Ibu Wafariena Kesal Dengan Iqbal Zulkefli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...