Baru-baru ini, penyanyi dangdut sensasi iaitu Baby Shima telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram mempromosikan muzik video terbaharunya berjudul Sejenak Sendiri.
Menerusi video tersebut, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima binti Ramli dilihat bersama tiga orang penari yang hanya memakai seluar dalam.
Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 24 tahun itu turut berseloroh sama ada dia boleh mengalahkan penari usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri menerusi ruangan kapsyen.
Dah release guys!!! Music Video Sejenak Sendiri ni boleh kalah kan penari dato aliff syukri tak??
Dalam pada itu, Shima turut memaklumkan para peminat boleh menyaksikan muzik video penuh di YouTube dan lagu ini hanya dikeluarkan untuk pasaran di Indonesia.
Full video di youtube nagaswara official tq. Ni untuk market Indonesia ya.
Susulan itu, perkongsian klip video tersebut mendapat kecaman orang ramai yang mendakwa penyanyi lagu Bang Jamal itu seakan-akan sengaja mengundang kontroversi.
Malah, ada juga segelintir netizen yang menegur Shima kerana tidak mengambil pengajaran daripada video-video kontroversi sebelum ini.
Bagaimanapun, penyanyi itu kini telah menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.