(VIDEO) Menantu ‘Prank’ Nak Lari Dari Rumah, Reaksi Mak Mentua Wanita Ini Buat Netizen Sebak

Kehidupan

(VIDEO) Menantu ‘Prank’ Nak Lari Dari Rumah, Reaksi Mak Mentua Wanita Ini Buat Netizen Sebak

Setiap wanita yang baru mendirikan rumah tangga pastikan akan berasa sedikit risau mengenai penerimaan ibu mentua terhadap diri masing-masing.

Namun bagi wanita ini, perasaan ingin tahu mengenai penerimaan mentua telah mendorongnya untuk melakukan ‘kerja gila’ hanya kerana inginkan ‘kepastian’.

Advertisement

Berkomplot dengan suami sendiri, wanita yang dikenali sebagai Meylin ini telah berpura-pura merajuk dan menangis teresak-esak sehingga mendapat perhatian mak mentuanya itu.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, ibu mentua Meylin datang untuk memujuknya malah siap menghalang agar menantunya itu tidak lari dari rumah.

Namun di saat akhir video tersebut, ibu mentua Meylin telah menerima kejutan yang tidak disangka-sangka sempena hari ulang tahun kelahirannya.

Terharu dengan layanan ibu mentua, Meylin mengakui dia bukanlah seorang menantu yang baik dan sempurna namun segala persoalan sama ada dia disayangi atau tidak sudah pun terjawab melalui ‘prank’ tersebut.

TikTokSumber : TikTok  

Meylin juga berasa bersyukur dan netizen yang melihat video tersebut menyifatkankan wanita itu bertuah kerana memiliki seorang ibu mentua yang baik dan sayang kepadanya.

“Disebalik mak mentua dan menantu perempuan yang baik, ada seorang lelaki yang pandai menjaga hati kedua-duanya agar saling menyayangi” komen seorang netizen.

tiktok bancuh susu dalam kereta
3 years ago

(VIDEO)"Baru Nak Maki"- Suami Bancuh Susu Anak Ketika Kereta Bergerak, Rupa-Rupanya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...