(VIDEO) Menangis Teresak-Esak, Wanita Cantik Tersingkir Uji Bakat Dewi Remaja – “Ingat Kurus & Cantik Dah Confirm Masuk!”

Kehidupan

(VIDEO) Menangis Teresak-Esak, Wanita Cantik Tersingkir Uji Bakat Dewi Remaja – “Ingat Kurus & Cantik Dah Confirm Masuk!”

Tular di media sosial baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang wanita menangis teresak-esak selepas gagal dipilih sebagai peserta program realiti pencarian bakat telah mencuri perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh wanita tersebut, dia meluahkan rasa kecewa dan tidak menyangka akan ditolak selepas mencuba sebaik mungkin untuk menghadiri ujibakat rancangan terbabit.

Advertisement

Saya baru habis Dewi Remaja dan ingin kongsi sesuatu yang terjadi. Saya nangis sebab tak dapat lepas peringkat tiga.

Saya tunggu empat tahun untuk masuk program ini. Saya ingat, jadi kurus dan cantik sudah mencukupi tapi mungkin perlu perbaiki daripada segi lakonan. . Saya dah membayangkan diri saya dalam televisyen.

Tangisannya nyata menyentuh hati ramai netizen yang rata-rata turut merasa simpati, namun ada juga yang memberi teguran agar dia tidak terlalu bergantung pada penampilan semata-mata.

Ada yang berkata industri hiburan bukan sekadar rupa paras, malah memerlukan bakat, keunikan dan karisma yang tersendiri untuk menyerlah.

Mungkin bukan rezeki kali ni, jangan putus asa. Rezeki Allah luas.

Di ruangan komen, netizen mula berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah gagal ujibakat dan terus bangkit selepas itu. Malah, ramai yang memberi kata-kata semangat dan menyarankan wanita itu agar terus mencuba.

Namun, tidak kurang juga yang menyelar pihak produksi program terbabit kerana tidak memberi ruang lebih adil kepada peserta baharu yang mempunyai semangat tinggi walaupun mungkin belum cukup ‘sempurna’ pada pandangan industri.

Video tersebut kini meraih ribuan tontonan dan komen, sekaligus membuka perbincangan tentang piawaian kecantikan dan keperluan sebenar dalam dunia hiburan tanah air.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

diana danielle
2025-07-28 10:20:59

"Bijak Sikit Pilih Baju, Lengan Dah Macam 'Wrestler'.." - Suara Dah Sedap, Gaya Diana Danielle Pula Dikritik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...