(VIDEO) “Memekak Macam Orang B*doh” – Kecoh Wanita Mengamuk Tandas Pam Minyak Tak Ada Air, Sukar Lepas ‘Hajat’

Kehidupan

(VIDEO) “Memekak Macam Orang B*doh” – Kecoh Wanita Mengamuk Tandas Pam Minyak Tak Ada Air, Sukar Lepas ‘Hajat’

Satu video menjadi tular semalam apabila seorang wanita dikatakan mengamuk gara-gara tandas yang menjadi persinggahannya  untuk melepaskan ‘hajat’ tidak mempunyai air.

Dalam video tersebut, dia terpaksa meminta tolong pengguna lain yang turut berada dalam tandas yang sama dan dilihat telah mengamuk kepada pekerja di kaunter stesen minyak terbabit.

Advertisement

Wanita itu turut merakam sendiri keadaan kecoh terbabit sebelum memuat naik hantaran tersebut di media sosial namun dipadam tidak lama kemudian.

Bukan masalah saya kalau hang (pekerja) tak rehat. Seseorang kena la jaga tandas tu. Nak kena panggil pula orang sebelah. Ha orang sebelah boleh tak tolong beritahu kereta Myvi warna biru RS suruh beli air sebab toilet ni tak ada air.

Wanita berkenaan kemudian ‘diselamatkan’ adiknya setelah dibelikan air untuk membasuh apa yang perlu dan selepas itu dia memanggil pengurus stesen minyak itu untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

Aku pergi cashier terus, memang aku marah sungguh. Aku suruh panggil manager, tak dipanggil. Tak ada maaf pun.

wanita mengamuk toilet tak ada airSumber : Twitter  

Memang aku jerit semua pekerja buat bodoh. Masa aku masuk, ada lima orang termasuk pakcik mungkin boss. Takkan seorang pun tak pergi check toilet?

Dia juga meminta agar wang pembelian air mineral turut dikembalikan namun tidak dapat ditunaikan oleh pekerja atas sebab tertentu.

Video tersebut kemudiannya menjadi tular dan menuai pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Lain kali sebelum berak, check air. Jangan lupa bawa phone. Cakap baik-baik dengan staff yang air tak ada. Tak perlu jerit-jerit. Kau yang cari pasal menjerit-jerit pastu kau pula yang malu.” komen seorang netizen.

View chin 2 hari tak tidur
2 years ago

"Saya Cari Ahmoi, Tapi Gagal" - Tak Tidur Dua Malam Rindu Dekat Anak-Anak, View Chin Mengaku Trauma Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...