[VIDEO] Memberi Inspirasi & Lucu, Ini Antara Iklan Hari Kebangsaan Wajib Tonton

Hiburan

[VIDEO] Memberi Inspirasi & Lucu, Ini Antara Iklan Hari Kebangsaan Wajib Tonton

Menjelang Hari Kebangsaan yang bakal tiba, perasaan suram masih kita rasakan kerana negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19. Tiada lagi perarakan di Dataran Merdeka atau pertunjukkan bunga api menjelang detik 12 malam.

Tapi jangan sedih dulu, jom BeautifulNara nak kongsikan iklan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk memberikan korang semangat dan inspirasi.

Advertisement

*Penafian: Susunan tidak mengikut urutan tertentu.

Perspektif pandemik dari kaca mata anak-anak

Digi mempersembahkan ‘Teladan’, iklan kemerdekaan yang memaparkan isi hati kanak-kanak yang merindukan suasana pembelajaran di sekolah, bermain bersama rakan-rakan dan belajar bersemuka dengan guru.

Pada usia kecil mereka terpaksa menerima perubahan yang berlaku di sekeliling dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh keluarga. Namun disebalik semua itu mereka belajar erti kegigihan dan bersifat prihatin apabila melihat ibu bapa membantu masyarakat yang lebih memerlukan.

Kategori: Emotional

Semua perkara bermula dengan niat yang baik

Tenaga Nasional, ‘Raikan Malaysia Kita’  dengan membawakan kisah 4 rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan mempunyai hati yang mulia.

Bermula dengan penjual roti RM1 yang berjaya mengaji pekerja, Zero Ong yang mencipta aplikasi untuk pelajar mengulang kaji pelajaran walaupun tidak tahu tentang coding, peniaga kedai yang menyumbang makanan kepada yang memerlukan dan wanita yang sanggup menjadi ‘badut’ untuk menampung pembelanjaan memberi kucing makan.

Semua ini menyingkap kisah kebaikan yang dilakukan rakyat Malaysia, membantu sesama insan dan juga haiwan di sekeliling.

Kategoti: Inspirasi

‘Warna’ tidak penting bila kita hidup bersama

Orang kata ‘warna’ tu penting. Perlu ke kita didefinisikan dan diasingkan mengikut warna? Kehidupan masyarakat di Malaysia menunjukkan sebaliknya, warnalah yang melambangkan jati diri dan semangat kebersamaan sesama masyarakat.

Terbaik dan ringkas mesej Kopi WONDA, hidup pastinya lebih WONDA-FUL (wonderful) bila kita bersama.

Kategori: Inspirasi, perpaduan

Watsons terus setia di belakang rakyat Malaysia

Di kala pandemik yang melanda, Watsons memaparkan sifat rakyat Malaysia yang berganding bahu dan bersatu padu mengharungi dugaan. Watsons juga menyampaikan mesej bahawa mereka teguh di belakang masyakarat.

Tiada yang sukar dalam kehidupan kerana kita ada kita.

Kategori: Inspirasi

Gaji kena potong tapi bangkit membuka perniagaan

Rasanya ramai boleh relate apabila pendapatan dipotong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ramai yang mendapat arahan bekerja dari rumah.

Kisah Nurul Atiqah pengasas The Pasta Kitchen Malaysia pasti memberikan inspirasi kepada ramai, dia yang sebelum ini bekerja sebagai seorang chef menerima dugaan apabila gajinya dipotong dan dia pula baru saja melahirkan anak.

Bertekad mencari jalan keluar, dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan, walaupun pada awalnya agak mencabar kini dia mampu berbangga dengan perniagaan yang dibina bersama suaminya.

Kategori: Inspirasi

‘It’s okay to not be okay’

Satu lagi kisah yang dekat dengan kita semua dibawakan oleh Gamuda Land. Pernah tak korang rasa cemas, kosong dan sedih tanpa sebab?

Melalui watak Dan yang menyembunyikan perasaan sebenarnya di sebalik emoji, korang pasti dapat merasai sesuatu yang disembunyikan di sebalik sifat cerianya menghiburkan orang lain.

Dalam hidup bermasyarakat, sentiasalah prihatin dengan keadaan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Berikan mereka kata-kata semangat jika mereka rasa putus asa kerana ‘it’s okay not to be okay’.

Kategori: Inspirasi, emotional

Kisah survivor dan pejuang pandemik

“Saya membantu kerana saya tak nak orang lain melalui pengalaman yang sama”

Inilah semangat Malaysia, iklan Hari Kebangsaan Axiata yang membawa tema #NiatNegaraku, agak memberi kesan kepada kami kerana menampilkan survivor pandemik Covid 19 dan bagaimana kesembuhan yang diberikan, memberikan mereka semangat untuk membantu orang lain.

Walau siapa pun kita, cari peluang untuk sama-sama membantu masyarakat agar kita dapat sama-sama terus berjuang.

Kategori: Keprihatinan, Inspirasi

Hero sebenar rakyat sempena Hari Kebangsaan

Membuka peluang pekerjaan ketika pandemik merupakan satu perkara yang tidak mudah dilakukan. Ketika banyak syarikat terpaksa gulung tikar, terdapat hero masyarakat yang memberi pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Mereka inilah hero yang percaya setiap kegagalan merupakan langkah pertama untuk sebuah kejayaan. Mereka inilah yang memberi semangat untuk masyarakat terus berjuang,

Kategori: Inspirasi

Bagaimana pandemik anda?

Baba’s memaparkan sedikit cebisan memori rakyat Malaysia, tentang bagaimana mereka mengisi waktu-waktu berharga bersama keluarga di rumah. Walau apa jua yang berlaku, semuanya kita lalui bersama.

Kategori: Nostalgia

Apa ‘cow’ rasa tentang Hari Kebangsaan? 

Kalau tak merdeka siapa kita? Disampaikan secara lucu dan bersahaja. Iklan Farm Fresh ni agak lain daripada yang lain. Bermula dengan persoalan, ia membuatkan penonton rasa bersyukur kerana dengan kemerdekaan negara dapat mewujudkan identiti bangsa.

Merdeka bukan sekadar tengok bunga api, hayati erti sebenar kemerdekaan supaya kita tak lupa apa yang kita mampu capai bersama.

Kategori: Kelakar, Semangat Cintakan Negara

Kisah sebenar hidup kejiranan

Satu lagi kisah sebenar pandemik. Semangat bersatu padu dan mengambil berat sesama jiran yang sukar kita lihat. Jika sebelum ni, jiran pun kita tak kenal. Tapi disebabkan pandemik dan banyak duduk di rumah, kita mula ada sifat ingin tahun dan lebih mengambil berat tentang jiran sekeliling.

Bersyukurlah kita hidup di bumi yang harmoni dan masyarakatnya saling menjaga diantara satu sama lain.

Kategori: Perpaduan, Inspirasi

BeautifulNara mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke 64 dan Hari Malaysia ke 58. Semoga korang terhibur dengan iklan kemerdekaan yang kami share ni.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...