(Video) Meghan Markle Bersuara Isu Kematian George Floyd

Trending

(Video) Meghan Markle Bersuara Isu Kematian George Floyd

Terbaru, Meghan Markle turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu kematian George Floyd. Isteri kepada Putera Harry itu menyifatkan kematian Floyd sebagai suatu yang amat mengecewakan. Dia menggesa semua pihak agar tidak terus berdiam diri kerana isu kehilangan nyawa George Floyd bukanlah satu perkara kecil.

Markle berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan bagi upacara graduasi maya penuntut Immaculate Heart High School, yang juga merupakan tempat dia pernah bersekolah.

Advertisement

Teks ucapan Meghan Markle

Markle, yang ibunya juga merupakan warga Amerika Syarikat berkulit hitam, turut menyebut beberapa nama individu berkulit hitam yang pernah menjadi mangsa kekejaman kaum di negara tersebut seperti Breonna Taylor, Philando Castile dan Tamir Rice.

“Saya terkilan anda (pelajar) membesar ketika kekejaman ini masih berlaku.
Saya yakin anda tahu nyawa kaum kulit hitam juga penting. Suara anda diperlukan dan saya menyokong anda.”

Protes berterusan berlaku di beberapa bandar di AS selepas kematian Floyd berusia 46 tahun. Peguam itu maut selepas seorang anggota polis, Derek Chauvin, menekan lutut di lehernya selama beberapa minit dalam kejadian di Minneapolis, Minnesota.

Tiga lagi pegawai polis telah didakwa pada Rabu lalu selepas lima hari tuduhan dikenakan ke atas Derek Chauvin.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...