Terbaru, Meghan Markle turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu kematian George Floyd. Isteri kepada Putera Harry itu menyifatkan kematian Floyd sebagai suatu yang amat mengecewakan. Dia menggesa semua pihak agar tidak terus berdiam diri kerana isu kehilangan nyawa George Floyd bukanlah satu perkara kecil.

Teks ucapan Meghan Markle
Markle, yang ibunya juga merupakan warga Amerika Syarikat berkulit hitam, turut menyebut beberapa nama individu berkulit hitam yang pernah menjadi mangsa kekejaman kaum di negara tersebut seperti Breonna Taylor, Philando Castile dan Tamir Rice.
“Saya terkilan anda (pelajar) membesar ketika kekejaman ini masih berlaku.
Saya yakin anda tahu nyawa kaum kulit hitam juga penting. Suara anda diperlukan dan saya menyokong anda.”
Protes berterusan berlaku di beberapa bandar di AS selepas kematian Floyd berusia 46 tahun. Peguam itu maut selepas seorang anggota polis, Derek Chauvin, menekan lutut di lehernya selama beberapa minit dalam kejadian di Minneapolis, Minnesota.
Tiga lagi pegawai polis telah didakwa pada Rabu lalu selepas lima hari tuduhan dikenakan ke atas Derek Chauvin.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.