(Video) MBSA Ambil Tindakan Memadam Keseluruhan Lukisan Mural Wajah ‘Hero’ Negara

Trending

(Video) MBSA Ambil Tindakan Memadam Keseluruhan Lukisan Mural Wajah ‘Hero’ Negara

Awal hari ini tular mengenai lukisan mural lukisan wajah-wajah hero negara dalam melawan pandemik termasuk wajah Yang DiPertuan Agong (YDPA) yang dilukis di dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam telah diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk menulis kata-kata kesat pada lukisan tersebut.

Baca : Netizen Kecewa Lukisan Mural Wira-Wira Negara Dan YDPA Dicemarkan Dengan Kata-Kata Kesat

Advertisement

Berikutan kejadian tidak bertanggungjawab itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan tindakan pantas dengan memadamkan keseluruhan lukisan tersebut menggunakan cat berwarna putih. Kawasan tersebut juga dilihat telah ditutup dengan garisan halangan polis.

Diharap siasatan dapat dijalankan dengan segera dan pelaku dapat ditahan serta diberi hukuman yang setimpal.

Sebagai rekod, lukisan mural itu dilukis oleh Suhaimi Ali bagi menghargai jasa pemimpin-pemimpin yang bertungkus-lumus membantu mengekang penularan pandemik COVID-19 yang teruk melanda Malaysia sebelum ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...