(Video) Mayat Melambai Dari Dalam Keranda Sewaktu Mahu Dikebumi Cetus Persoalan Ramai

Trending

(Video) Mayat Melambai Dari Dalam Keranda Sewaktu Mahu Dikebumi Cetus Persoalan Ramai

Sebuah rakaman pengebumian di Indonesia tular menjadi perbualan hangat sehingga mendapat perhatian media antarabangsa. Semuanya gara-gara kelibat misteri yang dirakamkan di sebuah majlis pengembumian di Manado, Sulawesi Utara.

Di dalam rakaman itu, mayat di dalam keranda yang mahu dikebumikan dilihat melambaikan tangannya. Sekaligus mencetuskan persoalan ramai sama ada mayat tersebut ditanam dalam keadaan hidup atau sememangnya sudah pun meninggal dunia.

Advertisement

Insiden ini berjaya dirakamkan ketika paderi sedang membaca doa bagi upacara pengebumian. Di dalam video tersebut, paderi itu kedengaran berkata: “Tuhan telah mengatakan dalam kitab Yohanes. Akulah kebangkitan dan kehidupan. Barangsiapa yang mempercayai saya, dia akan hidup walaupun sudah mati.”

Pada saat itu, lensa kamera berjaya merakamkan pergerakan di dalam keranda yang dilihat seperti tangan yang sedang melambai-lambai. Video ini kemudian mencetuskan persoalan sama ada ianya benar ataupun hanya sekadar helah kamera atau pantulan dari pergerakan orang ramai.

“Ya, dia melambai, mungkin dia masih hidup dan berusaha untuk keluar.” Seorang rakyat Indonesia memberi komen tetapi ada yang menganggap bahawa itu mungkin hanya lah tikus.

Walaupun terdapat beberapa teori yang mengerikan, mayat itu kemungkinan bergerak kerana perubahan ligamen semasa proses pereputan. Kajian yang dilaporkan dalam Medical News Today pada bulan September 2019 mendapati bahawa tubuh manusia dapat bergerak sendiri setelah mati.

Penyelidik dari Central Queensland University di Rockhampton, Australia, yang mengkaji proses ‘decomposition’ mendapati bahawa, tanpa ‘bantuan’ luaran, jenazah manusia dapat mengubah kedudukan mereka. Penemuan ini mempunyai implikasi penting bagi sains forensik.

Setakat ini tak dapat dipastikan sama ada ianya benar-benar satu kejadian berdasarkan kajian saintifik atau ini hanya lah satu kejadian misteri. Apa pendapat anda?

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...