Perkongsian terbaharu daripada penyanyi Ina Naim menerusi akaun TikTok miliknya nyata menyentuh emosi ramai warganet.
Fenomena kebangkitan muzik nasyid kembali hangat apabila kumpulan Inteam mengumumkan bakal menganjurkan konsert pada September ini.
Dalam keterujaan itu, Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim turut dilihat mendengar salah satu lagu terkenal kumpulan berkenaan berjudul Impian Kasih ketika sedang memandu.
Berangan itu tidak salah kalau kita nak jadi isteri solehah.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat Ina, apatah lagi mengenangkan arwah suaminya, Suhaimi Saad, yang merupakan bekas anggota kumpulan Inteam.
Dalam masa yang sama, ramai yang menyifatkan Ina sebagai wanita tabah dan isteri solehah, yang pastinya masih merindui arwah suaminya.
Nampak mata Ina berkaca, mesti tahan sebak rindukan arwah suami.
Perasaan itu hadir apabila Ina dengar suami sendiri menyanyi, mesti rasa bangga dan bahagia. Bertuah menjadi Ina Naim.
Ina menjadi permaisuri hati arwah Suhaimi, sebagai isteri yang berbudi kebanggaan para suami.
Untuk makluman, Ina pernah mendirikan rumah tangga dengan Suhaimi pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Pada 8 November lalu, Ina telah kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya, Mohd Khairul Rizal, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.