Baru-baru ini tular di laman TikTok, video memaparkan acaran sukan permotoran yang berlangsung di Grand Prix, Litar Mandalika, Indonesia apabila seorang bomoh melakukan ritual ‘tolak’ hujan telah menjadi perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, bomoh dikenali sebagai Rara Istiani Wulandari telah bejalan berkaki ayam di tengah-tengah trek sambil membawa sebuah mangkuk sebelum perlumbaan MotoGP dimulakan bagi mengelakkan perlumbaan tergendala akibat hujan.
Apa yang melucukan apabila ritual itu turut disaksikan para pelumba MotoGP dan kru pit yang dilihat tersengih-sengih melihat aksi ‘aneh’ bomoh tersebut.
Menurut laporan Detik, bomoh tersebut telah menerima bayaran hampir ratusan juta rupiah (RM300,000) sepanjang menjadi bomoh hujan di MotoGP.
Meninjau di ruangan komen, aksi bomoh itu bagaimanapun telah menjadi bahan jenaka oleh para netizen apabila dia dilihat gagal menghentikan hujan.
Apabila kau cuba nak melawan tuhan.
“Kene gelak je dengan pelumba-pelumba negara luar” tulis seorang netizen.
“Ni bukan hentikan hujan.. tapi tambahan hujan adalah,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.