(VIDEO) Masih Kekok Panggil ‘Mummy’, Anak Shuib Tersasul Panggil Watie ‘Aunty’?

Hiburan

(VIDEO) Masih Kekok Panggil ‘Mummy’, Anak Shuib Tersasul Panggil Watie ‘Aunty’?

Jika sebelum ini, kemesraan usahawan, Watie Hanifiah bersama anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin telah menjadi tumpuan netizen.

Kali ini, tular pula video memaparkan Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah bersama anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra.

Advertisement

Menerusi video tersebut, Talita atau lebih mesra dipanggil Dekta dilihat ingin meminta ibu tirinya menyanyi lagu.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila anak kedua Shuib itu tersasul memanggil Watie dengan panggilan ‘Aunty’.

Mummy, Dekta bosan lah.. Nak aunty.. eh!

Susulan itu, Watie berseloroh mengatakan dia tidak akan memberi respon sekiranya anak tirinya memanggilnya dengan gelaran ‘Aunty’.

Kalau lapar panggil ‘Aunty’ kita buat pekak je. Tapi kalau panggil ‘Mummy’ terus masak 7 saat siap!

@watieshuib19

Replying to @sweet zatty “taknak aunty, taknak aunty?” #shuibsepahtu #fyp #watieshuib #shuibwatie #fyp? #fypage #masukfyp #watiehanifiah

? original sound – watieshuib19 – watieshuib19

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat kesilapan yang dilakukan oleh Talita.

Malah, ramai juga yang faham bukan mudah untuk kanak-kanak itu untuk membiasakan diri untuk memanggil ibu tirinya dengan gelaran baru.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang memuji Watie kerana pandai mendidik anak tirinya untuk menghormati dan menyanyanginya sebagai seorang ibu.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

matin
10 months ago

(VIDEO) "Mummy Peluk Dekta Je, Tak Peluk Matin" - Pujuk Anak Tiri Merajuk, Watie Undang Rasa Terharu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...