Seperti yang ramai tahu, usahawan dan pempengaruh media sosial, Nur Sajat Kamaruzzaman sering membuat sesi siaran langsung atau live di aplikasi TikTok.
Kebiasaanya, Sajat akan berkomunikasi dengan penonton yang masuk ke sesi siaran langsung itu dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan.
Menerusi sesi live baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah mempersoalkan mengenai status agama usahawan itu.
Sajat maaf tanya, masih Islam ke?
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Sajat enggan menjawab soalan tersebut kerana merasakan netizen tidak sepatutnya mempersoalkan agamanya.
Malas nak cakap.. saya tak nak jawab soalan tu sebab saya rasa soalan tu tak sepatutnya saya jawab.
Bukan itu sahaja, usahawan sensasi itu turut mengajukan soalan kepada netizen mengapa mereka bertanyakan sebegitu.
Oh sebab baju saya seksi sangat kot? sebab baju saya kan macam wanita-wanita ke neraka. Baju tak mencium bau syurga orang kata…
Sebelum ini, Sajat telah memuat naik gambar memaparkan dirinya menggayakan pakaian dalam atau bikini di laman Instagram miliknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.