(VIDEO) Manjanya, Makan Pun Nak Kena Suap – Aksi Mesra Izreen Azminda dan Suami Jadi Perhatian Netizen

Hiburan

(VIDEO) Manjanya, Makan Pun Nak Kena Suap – Aksi Mesra Izreen Azminda dan Suami Jadi Perhatian Netizen

Walaupun kontroversi melibatkan Izreen Azminda, suaminya Ude Wahid dan Intan Liana sudah pun reda, kisah rumah tangga pelakon wanita itu masih lagi menjadi perhatian dan bualan netizen.

Advertisement

Baru-baru ini, Izreen dengan penuh rasa bahagia ada memuat naik video betapa manjanya suami beliau itu sehingga makan pun mahu isteri tercinta suapkan.

Mula lah orang mengkritik kononnya Izreen sengaja hendak mencari perhatian dan menunjuk-nunjuk betapa mesranya mereka suami isteri. Ada juga yang menyampah dan meluat. Walaupun cukup aktif di Instagram, Izreen nampaknya masih lagi menutup ruangan komen.

 

Pada kami tidak salah pun untuk Izreen berkongsi aksi mesra mereka, dah halal kan? Cumanya, ada lagi netizen yang tidak boleh lupakan kontroversi terdahulu. Apa yang berlaku di masa lalu tidak boleh diubah lagi, takdir sudah menentukan jodoh mereka bersama, doa sahaja rumah tangga yang dibina kekal selamanya.

Sumber Berita : Twitter intanmohamadx

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...