(VIDEO) “Mana Nak Datang Berkat?” – Pelanggan Dapat Air ‘Free’ Kalau Menari Terkinja, Netizen Kecam Peniaga ‘Kaw Kaw’

Kehidupan

(VIDEO) “Mana Nak Datang Berkat?” – Pelanggan Dapat Air ‘Free’ Kalau Menari Terkinja, Netizen Kecam Peniaga ‘Kaw Kaw’

Tular di media sosial TikTok apabila satu video memaparkan peniaga minuman yang menari di atas ‘food truck’ ketika menyediakan pesanan pelanggan.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan warga maya adalah apabila pelanggan yang ingin minuman secara percuma dikehendaki menari di hadapan ‘food truck’ tersebut.

Advertisement

Rancak berdansa seperti di kelab malam, video itu ternyata telah menuai kritikan daripada warga maya yang rata-ratanya menyelar tindakan peniaga itu mencari rezeki.

Menjengah ke ruangan komen, netizen menganggap perbuatan pelanggan dan penjual itu sebagai keterlaluan demi air minuman.

Marketing sampah. Langsung tak menghalalkan cara.

Tu baru teh ais, belom Dajal bawak Starbucks lagi.

Kata netizen lagi, lebih baik memasang ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat daripada muzik melalaikan malah mendorong pelanggan untuk membuat dosa pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TEH AIS AVENGER HQ (@teh_ais_avenger)

Cuba pasang selawat, senang-senang je dapat saham akhirat.

Peniaga ‘food truck’ itu kemudian tampil memberi penjelasan bahawa video tersebut dimuat naik hanyalah semata-mata untuk ‘content’ dan sebenarnya dia tidak memberikan air secara percuma walaupun pelanggan menari.

Namun, dia akan memberikan air secara percuma kepada pelanggan yang tidak mampu kerana percaya itu adalah kunci kejayaan kepada apa yang diusahakannya kini.

Peniaga tersebut meluahkan rasa kecewa apabila ramai netizen menyamakan dia dan pekerja-pekerjanya yang lain dengan dajal.

“Banyak yang samakan kita dengan dajal. TIpulah kalau tak sakit hati. Mereka panggil kita Dajal..” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aina Abdul
2 years ago

(VIDEO) “Sejak Bila?” - Warga Indo ‘Claim’ Aina Abdul Penyanyi Kelahiran Negara Seberang, Netizen Tak Puas Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...