Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan anak perempuannya bernama Qaseh yang ingin berangkat ke sekolah.
Menerusi video tersebut, anak perempuannya itu telah diberikan duit syiling sebagai duit belanja di sekolah namun menolak pemberian duit itu daripada ibunya.
Difahamkan, anaknya malu dilihat oleh rakan-rakan kerana membawa duit syiling sebagai duit belanja ke sekolah.
Tak nak lah bawak duit syiling.. Qaseh malu sebab kawan semua tengok Qaseh kira duit syiling.
Meninjau di ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak itu menjelaskan bahawa anaknya malu bukan kerana diejek tetapi berasa segan kerana perlu mengira duit syiling di hadapan mereka.
Sebelum ni dia bawak je duit syiling.. zaman dulu 20 sen dah banyak, sekarang RM2 pun apa je boleh dapat.
@mama_dira_ mungkin ramai sangat kawan yg pandang pelik bila kakak kira duit syiling tu dia segan..#masukberanda #xyzbca #masukberandafyp #fyppppppppppppppppppppppp #fyp? #kesian #kakak #sayanganak #fyp??viral #fyp? #fypage
Malah, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon, ada yang sebak melihat perkongsian video itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman sama.
Kita dulu bawa duit syiling je pergi sekolah, – Netizen.
“Jangan la malu dik… Aunty pun sampai sekarang still guna syiling tau,” tulis seorang pengguna tikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.