Pada hujung minggu lalu, difahamkan perhimpunan solidariti Palestin iaitu ‘Freedom With Palestine’ telah pun dianjurkan oleh pihak Viva Palestine Malaysia (VPM) dan MyCARE di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Namun begitu, banyak komen negatif mengenai perhimpunan tersebut diluahkan oleh rakyat yang hadir serta tidak lupa juga penyanyi rap, Caprice yang kecewa dengan perhimpunan solidariti tersebut.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli tidak faham dengan penganjur yang mengajak orang ramai untuk menyanyi lagu bola sewaktu perhimpunan itu.
View this post on Instagram
Minta maaf tapi korang ingat ni apa? Hari sukan sekolah menengah ke?
Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Caprice dan berasa malu dengan negara luar yang betul-betul melakukan solidariti untuk Palestin.
Bahkan, ramai juga yang meluahkan rasa sedih kerana orang ramai yang tidak memahami misi sebenar perhimpunan tersebut dilakukan dan hadir hanya kerana kini isu tersebut sedang ‘trending’.