Gangguan seksual merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius kerana ianya boleh menjejaskan perkembangan psikologi dan fizikal mangsa, sekaligus mencalarkan kesejahteraan sosial masyarakat.
Apa yang menyedihkan adalah gangguan seksual boleh terjadi dimana-mana walaupun seseorang itu sedang berada di tempat awam.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsi rakaman video memaparkan seorang lelaki yang cuba untuk meraba pehanya telah tular dan mendapat perhatian netizen.
Anjing! pic.twitter.com/9kCJVc3aC9
— Selaaaaa?~ (@Selasarabu_) June 19, 2022
Menerusi video tersebut, tangan lelaki yang duduk di sebelahnya sewaktu berada di dalam train itu dilihat perlahan-lahan mendekati pehanya.
Aku ingat tak sengaja, tapi makin lama makin dekat.
Menurutnya, dia yang terlalu terkejut dengan kejadian itu kerana dapat merasakan jari lelaki itu naik turun di pehanya terus menjadi kaku dan seperti tidak boleh berbuat apa-apa walaupun terasa seperti mahu menjerit.
Malah, walaupun sudah dua kali wanita itu menegur perbuatan lelaki itu namun dia masih melakukan perkara sama sehingga dia terpaksa meminta untuk menukar tempat duduk di dalam train.
Menjengah di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen turut berang dengan perlakuan tidak senonoh lelaki itu dan berharap agar wanita itu dalam keadaan baik-baik sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.