(VIDEO) “Makcik Tak Suka Kamu” – Gadis Putuskan Hubungan, Bakal Mak Mentua Tegur Kerap Buat ‘Content’ Di Media Sosial

Kehidupan

(VIDEO) “Makcik Tak Suka Kamu” – Gadis Putuskan Hubungan,  Bakal Mak Mentua Tegur Kerap Buat ‘Content’ Di Media Sosial

Satu perkongsian di media sosial telah mencuri perhatian warga maya gara-gara ‘content’ yang didakwa sebak dan menyedihkan.

Dalam video tersebut, seorang gadis meluahkan rasa sedih setelah ditegur bakal ibu mentua lalu mengambil keputusan untuk menamatkan perhubungan cinta bersama teman lelaki.

Advertisement

Putus hubungan kerana ditegur bakal ibu mentua

Difahamkan, gadis tersebut ada bertemu dengan ibu teman lelakinya pada ketika itu namun ditegur kerana gemar membuat ‘content’ di media sosial.

Gadis berkenaan dilihat meminta kebenaran bakal ibu mentuanya untuk merakam video mereka berdua ketika dalam kereta bagi tujuan ‘content’.

“Terus terang makcik tak suka kamu”

Namun, ibu teman lelakinya itu tiba-tiba menegur permintaan tersebut dan menyifatkan gadis itu gemar berkongsi hal kehidupan di media sosial.

Konten? Makcik tengok kamu ni tak habis-habis dengan konten. Tayang sana, tayang sini. Kenapa ya? Katanya kamu ni ada latar belakang pendidikan sekolah agama. Semua benda kena tunjuk ke?

Teman lelaki kamu tu anak tunggal makcik dan anak harapan mak cik. Makcik tak suka pasangan dia yang jenis bermedia sosial ni. Terus terang makcik tak suka kamu. Lepas tu tak tahu buat kerja apa, Alif memang ada gaji, berpendidikan.

Gara-gara tidak tahan dengan teguran tersebut, gadis berkenaan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat makcik tersebut dan menganggap tidak semua benda perlu dirakam dan dimuat naik ke media sosial untuk tujuan ‘content’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu mengidam
11 months ago

(VIDEO) "Akak Pi Tempat Lain, Banyak Lagi Meja" - Wanita Kesal Ibu Hamil Rebut Meja Di Restoran, Bagi Alasan 'Mengidam'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...