(VIDEO) “Mak Saya Okay Je..” – Halal Haram Letak Tepi, Influencer Dikecam Buat Lesung Pipit Palsu Demi Reviu

Kehidupan

(VIDEO) “Mak Saya Okay Je..” – Halal Haram Letak Tepi, Influencer Dikecam Buat Lesung Pipit Palsu Demi Reviu

Personaliti media sosial terkenal, Shahirfan Zamri mencuri perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik video memaparkan dia menjalani proses membuat lesung pipit di pipi.

Difahamkan, dia melakukan prosedur itu setelah menerima tawaran reviu daripada sebuah pusat kecantikan di Puchong.

Advertisement

Ditemui mStar, pemuda itu nekad melakukan perubahan wajah itu untuk meyakinkan penonton mengenai ulasan perkhidmatan yang dibuatnya.

Sebagai orang yang buat reviu, saya pun kena buat, barulah orang percaya. Kalau setakat cakap je, orang tak percaya.

Malah, ibunya juga membenarkan Irfan melakukan prosedur tersebut meskipun hasilnya kelihatan agak pelik, asalkan tidak melibatkan nyawa.

Saya memang tak pernah ada lesung pipit. Bila tengok mula-mula tu, rasa pelik juga. Tapi sebab benda dah buat, saya teruskan je la.

Mama positif je. Dia tahu anak dia buat reviu untuk tunjuk pada orang. Selagi tak melibatkan nyawa, tiada masalah.

Dia walau bagaimanapun dikecam warga maya kerana tindakannya itu dianggap melanggar hukum agama dan telah mengubah ciptaan Allah.

Jelas Irfan, dia menerima teguran netizen dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai lumrah biasa di media sosial.

“Yang berkaitan hukum tu, memang saya ada baca. Komen yang baik atau buruk, saya terima seadanya. Sebab benda tu tak boleh buat, jadi saya terima dengan hati terbuka.” ujar Irfan.

Norreen Iman solat kecam
1 year ago

(VIDEO) "C*lakalah Ke Atas Kamu.." - Norreen Iman Buat Video Lawak Ketika Solat, Netizen Pakat Kecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...