(Video) Mak Cik Dan Cucu Kantoi Sumbat Tin-Tin Sardin Dan Berbotol-Botol Sabun Mandi Dalam Seluar Untuk Dicuri

Trending

(Video) Mak Cik Dan Cucu Kantoi Sumbat Tin-Tin Sardin Dan Berbotol-Botol Sabun Mandi Dalam Seluar Untuk Dicuri

Seorang mak cik yang sudah agak berusia ditangkap selepas kantoi menyeludup barang keperluan rumah di dalam pakaian yang dipakai. Kegiatan mak cik itu berjaya dikesan oleh pekerja di pasar raya itu sebelum dia dan cucunya keluar daripada situ. Menurut pekerja pasar raya itu, jumlah keseluruhan barang keperluan yang dicuri dianggarkan berjumlah RM300!

“Sekarang ni aku nak tanya kenapa sanggup simpan bertin – tin sardin dalam seluar macam ni?”

Advertisement

Di dalam video yang dikongsikan, barang-barang keperluan seperti ubat gigi, sabun mandi dan deodorant disumbat di dalam seluar dan beg tangan yang dibawanya. Bukan hanya satu atau dua tetapi berpuluh-puluh botol yang diambil oleh mak cik itu.

Lebih menyedihkan, aktiviti itu turut dilakukan oleh cucunya yang turut berada di situ. Mereka yang ditahan itu diarahkan untuk mengeluarkan semua barang yang dicuri ke dalam troli atas arahan pekerja pasar raya itu.

Video yang dikongsikan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada antaranya yang memberi kecaman atas tindakan tidak bermoral itu. Malah, ada yang turut berasa geli untuk membeli barang di pasar raya itu kerana telah disorok di dalam pakaian.




Kalau tengokkan pada kuantiti barang yang dicuri memang terlalu banyak jika mahu katakan mereka berada dalam keadaan yang terdesak. Tak kira untuk tujuan apa sekalipun, mencuri tetap salah dari segi undang-undang dan juga di sisi agama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...