Seorang mak cik yang sudah agak berusia ditangkap selepas kantoi menyeludup barang keperluan rumah di dalam pakaian yang dipakai. Kegiatan mak cik itu berjaya dikesan oleh pekerja di pasar raya itu sebelum dia dan cucunya keluar daripada situ. Menurut pekerja pasar raya itu, jumlah keseluruhan barang keperluan yang dicuri dianggarkan berjumlah RM300!
“Sekarang ni aku nak tanya kenapa sanggup simpan bertin – tin sardin dalam seluar macam ni?”
Sekarang ni aku nak tanya kenapa sanggup simpan bertin – tin sardin dalam seluar macam ni? ? pic.twitter.com/yD29gLe2e8
— dylawok (@dylawok) February 17, 2020
Di dalam video yang dikongsikan, barang-barang keperluan seperti ubat gigi, sabun mandi dan deodorant disumbat di dalam seluar dan beg tangan yang dibawanya. Bukan hanya satu atau dua tetapi berpuluh-puluh botol yang diambil oleh mak cik itu.
Lebih menyedihkan, aktiviti itu turut dilakukan oleh cucunya yang turut berada di situ. Mereka yang ditahan itu diarahkan untuk mengeluarkan semua barang yang dicuri ke dalam troli atas arahan pekerja pasar raya itu.
Sebelum tu deodorant, sabun mandi, colgate pun dia sumbat. Patut dia sumbat troli tu je terus masuk dalam seluar. pic.twitter.com/kqbxnYSKn4
— dylawok (@dylawok) February 17, 2020
Video yang dikongsikan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada antaranya yang memberi kecaman atas tindakan tidak bermoral itu. Malah, ada yang turut berasa geli untuk membeli barang di pasar raya itu kerana telah disorok di dalam pakaian.
Well I try to think positive but look at the quantity is stolen, it’s more than enough!
— Vouzdiel ? (@vouzdielyez) February 17, 2020
ya allah dia ajar anak dia sekali ke utk mencuri? kalau makanan 1 2 maybe blh fikir + maybe susah takda duit tp ni curi brg mcm nak jual balik je hmmm sedih lah
— Hafiz (@HafizLau) February 17, 2020
kalau curi setin nmpk la mcm lapar, memerlukan. Ni bnyk, memang nk jual balik ni.
— Isma Iskandar (@ismaiskandar10) February 17, 2020
setahu aku lah ye selama kerja supermarket ni . kalau kita curi barang kena bayar 3 kali ganda . so contoh kalau barang dia curi tu 200 kali kan dengan 3 = 600 baiiiii
— nrsradna (@nrsrdna) February 17, 2020
Kalau tengokkan pada kuantiti barang yang dicuri memang terlalu banyak jika mahu katakan mereka berada dalam keadaan yang terdesak. Tak kira untuk tujuan apa sekalipun, mencuri tetap salah dari segi undang-undang dan juga di sisi agama.