(VIDEO) “Mak Anak Sama B*doh!” – Tak Boleh Terima Anak Dituduh Mencuri, Ibu Mengamuk Siap Buat ‘Live’ FB

Kehidupan

(VIDEO) “Mak Anak Sama B*doh!” – Tak Boleh Terima Anak Dituduh Mencuri, Ibu Mengamuk Siap Buat ‘Live’ FB

Tular di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang wanita bergelar ibu telah ‘mengamuk’ kepada pekerja-pekerja di sebuah pasaraya selepas anak lelakinya dikatakan mencuri barang yang terdapat di situ.

Difahamkan, wanita itu telah datang menyerang para pekerja tersebut kerana tidak dapat menerima keadaan anaknya yang pulang ke rumah dalam keadaan menangis.

Advertisement

Malah, wanita itu sempat membuat siaran langsung di Facebook sambil memarahi para petugas yang berada di kaunter secara memaki hamun dengan lantang.

Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila anak lelakinya yang berada bersama dengan wanita itu turut bertindak membuang barang-barang yang berada di atas kaunter dan bercakap kasar dengan pekerja pasaraya tersebut.

Sambil terjerit-jerit memarahi pekerja, wanita itu dilihat meninjau ‘viewers’ di Facebook miliknya sambil mencabar pekerja di situ supaya membawanya ke balai polis.

Ternyata, sikap wanita itu yang enggan mendengar penjelasan para pekerja di situ telah membuatkan netizen berasa geram dan panas hati kerana rata-rata berpendapat bahawa tindakannya itu agak keterlaluan ditambah pula dengan perilaku anak lelakinya yang kurang beradab.

Komen TikTokSumber : TikTok  

Budak tu jadi biadab sebab mak dia back up terang-terang macam tu. Patutnya jadi mak bincang elok-elok. Anak jadi biadab sebab dia tengok mak dia pun tak reti jaga adab.

Setakat ini, belum ada penjelasan daripada mana-mana pihak sama ada daripada wanita tersebut mahupun para pekerja yang merujuk kepada video yang kini semakin tular di media sosial itu.

tipu status positif
3 years ago

Tipu Status Positif COVID-19 Di MySejahtera, Majikan Ini Ambil Keputusan Pecat Pekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...