Perkahwinan pelakon Elfira Loy dan suami Faris K Anuar antara yang menjadi bualan hangat sejak awal tahun. Siapa sangka perkenalan yang singkat mampu menimbulkan bibit percintaan antara pasangan ini, tetapi itulah yang dikatakan sebagai jodoh.
Terbaru, CST Production telah berkongsi video rasmi sekitar majlis akad nikah pasangan ini. Memang terpukau habis saat menonton momen-momen bermakna ketika Elfira diijabkabulkan.
Daripada video tersebut, kami boleh bayangkan rasa cinta dan kasih sayang yang dipamerkan oleh kedua mempelai selepas sah menjadi suami isteri.