(Video) “Macam Rambo”, Perompak Selamba Bawa Lari Barang Kemas Tanpa Pakai Sarung Tangan

Trending

(Video) “Macam Rambo”, Perompak Selamba Bawa Lari Barang Kemas Tanpa Pakai Sarung Tangan

Macam-macam kaedah sekarang ni digunakan oleh perompak masa kini. Baru-baru ini tular video di media sosial, seorang perompak dengan selambanya merompak kedai emas seorang diri. Yang mengejutkan tu, siap tak pakai sarung tangan langsung!

Dah sah-sah lah akan meninggalkan kesan cap jari di tempat kejadian kan? Memang lagi mudah lah kerja pihak polis untuk mencari suspek ini.

Advertisement

Di dalam video yang dikongsikan, perompak yang memakai topi keledar itu memasuki kedai emas seorang diri. Kalau tengokkan pada gerak gerinya, memang nampak mencurigakan. Lagi-lagi apabila dia meletakkan beg di lantai dan mencari sesuatu.

Sehinggalah dia mengeluarkan senapang dan kapak untuk memecahkan almari barangan kemas itu. Walaupun ‘alarm’ sudah dibunyikan, tiada pengawal keselamatan yang muncul di tempat kejadian.

Ramai saksi kejadian

Disebabkan perompak itu mempunyai senjata, orang ramai yang berada di tempat kejadian tidak berani untuk membantu. Mereka sempat merakamkan kejadian itu dari pelbagai sudut.



Yang peliknya, macam mana tiada kawalan keselamatan yang ketat di kedai emas itu. Kalau tengokkan pada video, tak ada langsung pengawal keselamatan yang mengawasi kedai itu. Nasib baik juga dua pekerja wanita kedai itu tidak dicederakan dalam kejadian ini.

Baru-baru ini juga, seorang mak cik penjual nasi lemak kehilangan barang kemasnya selepas dipukau. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Tiba-Tiba Rasa Kena Pukau”, Wanita Ini Curi Gelang Emas Mak Cik Penjual Nasi Lemak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...