Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Rakesh Bathumalai yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan beberapa pihak telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Rakesh menunjukkan bagaimana renovasi yang dilakukan oleh jirannya telah mendapat kelulusan namun menjejaskan struktur rumahnya sehingga berlaku keretakan teruk pada dinding dan lantai.
Difahamkan, kawasan rumahnya yang terletak di Klang itu sebenarnya merupakan rumah teres 1 tingkat tetapi jirannya telah menambah binaan menjadikan rumah teres 2 tingkat.
MPK rasuah, hancurkan rumah saya, dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul.
Menurut Rakesh, dia telah 3 kali membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan mereka telah datang untuk menandakan keretakan dan kerosakan itu namun tiada tindakan lanjut yang dilakukan.
Ada orang dah pecah masuk rumah saya.. dia geledah-geledah rumah saya.
@rakeshbathumalai MPK rasuah, hancurkan rumah saya. dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul. #fyp??viral
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sedih melihat keadaan rumahnya yang seperti sudah tidak selamat untuk dikediami dan ditambah pula dengan kejadian rompakan yang menimpanya.
Struktur tanah bergerak ni disebabkan load atau bebanan rumah sebelah bertambah – Netizen.
“Dapat ilmu baru, rupanya tak boleh nak renovated rumah sesuka hati sebab akan memberi kesan buruk pada jiran-jiran,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.