(Video) “Macam Layan Ibu Sendiri”, Aksi Pramugara Ini Mendapat Perhatian

Kehidupan

(Video) “Macam Layan Ibu Sendiri”, Aksi Pramugara Ini Mendapat Perhatian

Bukan senang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai krew kabin, lagi-lagi untuk pastikan penumpang selesa sepanjang penerbangan. Untuk memberikan servis yang terbaik, aksi pramugara ini mencuri tumpuan ramai.

Pramugara dari Lion Air ini melayan penumpang warga emas ini dengan sangat baik sehingga menyuap makanan untuknya. Kelakuan baiknya ini seolah-olah sedang melayan ibunya sendiri.

Advertisement

Penumpang berusia 117 tahun

Video yang tular di media sosial ini, telah dikongsikan oleh salah seorang penumpang di dalam penerbangan yang sama. Daripada berbual dengan nada lembut, menyuapkan makanan, semuanya dilakukan dengan sangat baik. Reaksi wajahnya juga nampak gembira seperti itu adalah keluarganya sendiri.

“Mungkin rindukan maknya?”

“Pramugara tu siap telefon ibunya masa tu.”

“Patut dinaikkan gaji.”

Mungkin disebabkan beliau teringat pada ibunya di kampung, membuatkan beliau melayan penumpang itu seperti mana beliau melayan ibunya. Ramai yang turut berasa terharu melihat contoh terbaik yang dilakukan ini.

Sebelum ini, insiden penumpang cuba memalukan krew kabin mendapat perhatian ramai. Untuk baca lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Gangster Air Asia”, Model Malaysia Cuba Viralkan Staff Air Asia Dikecam Semula Oleh Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...