Baru-baru ini, selebriti media sosial, Khairul Aming telah memuat naik ciapan di laman Twitter miliknya berkongsi video recap percuatian bersama 50 staff Sambal Nyett telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Khairul Aming telah menjana kesemua kos percutian itu di Genting Highlands selama 4 hari 3 malam di hotel 5 bintang.
Malah, Khairul Aming turut membawa kesemua 50 staff ke tempat-tempat menarik seperti Premium Outlet, Cable Car, dan Genting Skyworld.
Alhamdulillah semua berjalan lancar and everyone was happy. InshaAllah nanti kita share lagi banyak rezeki dengan semua staff.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah berjaya meraih 220.5K tontonan, 3.6K ciap semula, dan 12.3K tanda suka di laman Twitter.
Recap company retreat untuk semua 50 orang staff Sambal Nyet kat Genting Highland selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar and everyone was happy. InshaAllah nanti kita share lagi banyak rezeki dengan semua staff ?? pic.twitter.com/pISh2lbqvZ
— Khairulaming (@khairulaming) June 21, 2022
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai telah memuji cara Khairul Aming memberi penghargaan kepada pekerja-pekerjanya dan berharap kesemua bos di Malaysia menjadikannya sebagai contoh.
Bestnyer dapat bos macam ni – netizen.
“Bos yang macam ni kita perlukan lebih ramai di Malaysia. Kita tak perlukan bos yang flex pergi vacation oversea tapi bayar staff ciput, company benefit pun ciput, workload tak setimpal gaji,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.