Seperti yang kita tahu, suami wajib memberi nafkah kepada isteri dengan memberi makan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal untuk si isteri.
Namun, lain pula dengan video perkongsian oleh seorang pengguna TikTok yang meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya yang terlalu berkira bab duit.
Menerusi video tersebut, wanita itu menceritakan bagaimana dia dan suami membahagikan semua pembayaran kepada dua.
Sini aku ceritakan macam mana duduk dengan suami yang anggap kau macam housemate rumah.
Menurutnya, dia berasa sedih terhadap layanan yang diberikan oleh suaminya sehingga meraskan dirinya seprti housemate dan bukannya pasangan hidup yang duduk sebumbung.
@frappucino42 Its hurts than u see. #fyp
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan mengecam tindakan suami yang disifatkan tidak bertanggungjawab.
Saya bela memerang jela macam ni…. hmmmm. – Netizen.
“Banyak isteri yang ikhlas membantu suami tapi dipergunakan,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: (VIDEO) “Bau Tahi Ayam..” – Sewa Homestay Bayar RM300, Tapi Bila Sampai Keadaan Macam Rumah Usang