(VIDEO) “Macam Baru baik Demam Je” – Penampilan Zahirah Selepas Bersalin Anak Kedua Buat Netizen ‘Jealous’

Hiburan

(VIDEO) “Macam Baru baik Demam Je” – Penampilan Zahirah Selepas Bersalin Anak Kedua Buat Netizen ‘Jealous’

Jumaat lalu, pelakon Zahirah Macwilson baru sahaja melahirkan anak kedua, hasil perkongsian hidup bersama pelakon Aiman Hakim Ridza.

Pasangan itu turut berkongsi berita gembira itu bersama peminat di Instagram di mana mereka turut memaklumkan nama anak kedua, Inara Raisa.

Advertisement

Zahirah & Aiman sambut kelahiran anak kedua

Terbaru, Zahirah yang kini dalam fasa berpantang ada berkongsi keadaan terkininya sejak melahirkan tiga hari yang lalu.

Kelihatan cantik dan berseri

Dalam hantaran video pendek tersebut, Zahirah kelihatan jelita dan berseri seperti biasa.

Ia sekaligus mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-rata memuji pelakon itu yang pandai menjaga penampilan dan tubuh badan meskipun sudah beranak dua.

Dia punya reaction betul ke lepas beranak? kalau aku smgu masih mcm hantu kak limah.

Apeni lepas beranak cantik macam baru lepas bersenam je.

Sekadar info, Zahirah Macwilson, 25, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz pada 20 Februari di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

Kedua-duanya mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun iaitu Isaac Raees.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella
7 months ago

Bella Astillah Nafi Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...