Satu video menjadi tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang ahli politik telah dilihat membuat kunjungan dan memberikan bantuan dari rumah ke rumah.
Dalam video tersebut, ahli politik yang dipercayai mewakliki ADUN Chukai, Terengganu sedang memberikan bantuan barang basah berupa seekor ikan kepada penduduk kawasan sekitar.
Namun, apa yang menjadi kritikan warga maya adalah apabila bantuan ikan itu diberikan tanpa diisi dalam plastik yang dianggap lebih bersih dan tidak menghormati penerima bantuan.
Masa dia makan nasi campur air oren hari tu mesti korang semua rasa dia bodoh maksimum dah.
Kita silap, rupanya lebai PAS ni tak berhenti setakat itu. Dia terus bodoh malah menghina pula pengundi kawasan dia. pic.twitter.com/yXATtNZQ7S
— Laga Cawan ? (@LagaCawan) March 26, 2023
Murah betul maruah pengundi kawasan dia. Mak aku kalau minta hantar benda/makanan ke jiran, elok berbalut dan berbungkus. Adab melayu orang kata.
Namun begitu, ada juga yang merasakan perkara itu adalah biasa dan menjadi adab orang pantai timur apabila memberi ikan kepada jiran-jiran.
“Kalau orang luar mungkin tengok macam nak beri kucing lah lembu lah, tapi orang dekat Terengganu biasa dah beri seekor ikan macam tu. Tak ada masalah pun.” komen seorang netizen yang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain di bawah.