April 22nd, 2019

Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) berlangsung dengan cukup meriah sekali dan seperti biasa akan ada persembahan khas daripada artis tempatan.

Antara yang membuat persembahan semalam adalah Hael Husaini duet bersama Misha Omar menyanyikan lagu Rewrite The Stars.

Umum mengetahui kedua-dua penyanyi ini dikenali dengan vokal mereka yang mantap dan mempunyai kekuatan sendiri. Namun, entah apa yang berlaku, nyanyian Hael semalam mengecewakan peminat.

Kata peminat, suara Hael agak sumbang dan lagu tersebut sangat tidak sesuai untuknya. Malah, Hael juga lupa lirik sehingga terpaksa dibantu oleh Misha. Seakan beliau kurang bersedia untuk persembahan tersebut.

Bila menyanyi secara langsung, akan ada kemungkinan penyanyi akan menghadapi masalah teknikal. Tidak mustahil, itu juga yang berlaku kepada Hael, tentunya beliau sudah cuba melakukan yang terbaik untuk menghiburkan orang ramai.

Kredit Video : YouTube

Kredit Foto : Eddie Husin


34 responses to “(VIDEO) Lupa Lirik, Suara Sumbang – Peminat Kecewa Dengan Nyanyian Hael Husaini Di AME 2019”

  1. Alia says:

    Hamcurrrrr…ini lah artus malaysia..

  2. I can sing better than you says:

    Maaf sumbang sgt. Berhentilah menyanyi. Bukak business lg bagus.

  3. Erica says:

    He is gentleman and also he has the great capabilities in singing. Let’s not bash him. Everyone make mistakes. He is not well and also the technical error doesn’t help him last nite. As usual if these things happened to us, we might be in the same situation as him. Give him a break and chance. I think it is best that we always look at positive side. Let’s give him more support to do better in the future. All the best Hael. Not you fans but I wish u all the best

    • Anonymous says:

      Dia sdh menang award lah buat apa mau backup lagi… nanti terus buat salah jadi bodoh pula sebab di bela setiap kali buat salah

  4. Anonymous says:

    Over betol dia ni. Perasan superstar!

  5. ummi says:

    ada masalah teknikal masa tu dan tak dengar apa2. nampak dia asyik pegang sesuatu di telinga dan Misha cuba support. Kalau ikutkan dia dah cover lagu ini dulu jadi takkan tak tahu lirik

    • Anonymous says:

      musician ok dah sgt…ramli ms tu yg conduct…tkde masalah teknikal pun…dia yg terpinga pinga…klu ikut lgu ni yg ori siap tkde muzik wktu first verse tp wktu si hael ni nyanyi diiringi muzik…mmg dia nyanyi sumbang mambang tak fokus…so tkyahlaa hael nk salahkan musician yg rata rata sume profesional musician…siap tk hafal lirik n suara tenggelam timbul…astrok pun sama bagi laa lagu yg sesuai sket nk kasik lagu omputeh pun biarlaa lagu yg agk easy hear n agk femes..bukan sume artis boleh nyanyi lagu inggeris dgn baik hokey!!

Loading...