Semalam bandar Beirut di Lubnan telah digemparkan dengan satu letupan yang dahsyat sehingga mengakibatkan kemusnahan bangunan-bangunan di hampir keseluruhan tempat kejadian.
Berdasarkan video yang dimuat naik di Twitter ini, ia menunjukkan keadaan bandar Beirut yang musnah teruk selepas kejadian letupan tersebut. Kelihatan seperti tiada apa lagi yang tinggal dan hanyalah runtuhan bangunan di setiap sudut pandangan.
Sehingga kini, masih belum ada angka rasmi mangsa yang terlibat ataupun angka korban dalam kejadian tersebut. Lubnan yang turut sedang ‘berperang’ dengan pandemik COVID-19, terpaksa menghadapi satu lagi bencana.
Head of Customs at Beirut Port reports one depot at the scene was nitrate a second was fireworks, at this time it is unclear what other explosives were present.
— Aurora Intel – #StayHome (@AuroraIntel) August 4, 2020
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.