(VIDEO) Lori Hilang Kawalan Sebelum Langgar 9 Kenderaan, 7 Cedera

Kehidupan

(VIDEO) Lori Hilang Kawalan Sebelum Langgar 9 Kenderaan, 7 Cedera

Malang tidak berbau apabila tujuh orang cedera dalam kemalangan yang melibatkan 10 kenderaan di Kilometer (KM) 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berdekatan persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Behrang.

Kejadian semalam membabitkan sebuah lori, sebuah pacuan empat roda, tiga kereta dan lima motosikal.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.40 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati sebuah lori hilang kawalan sebelum melanggar sembilan kenderaan lain di persimpangan itu.

suasana kemalangan di Tol Behrang

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987”.

Lori yang dipandu oleh lelaki berusia  37 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Slim River menuju ke arah Tanjung Malim.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...