April 22nd, 2019

Tahun ini di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019), selebriti popular Neelofa mengejutkan ramai dengan persembahan hangatnya, lincah menari persis bintang K-Pop diiringi dengan lagu hits Kill This Love daripada Blackpink.

Persembahan Neelofa menjadi bualan hangat netizen. Mengenakan pakaian hitam tetapi masih mengekalkan identiti sebagai seorang wanita muslimah, siapa sangka beliau mempunyai bakat terpendam dalam tarian.

Rata-rata netizen terpukau dan meluahkan rasa teruja mereka dengan persembahan Neelofa. Memang power!

Neelofa cukup berani mencuba perkara baru dan menariknya, beliau lakukan dengan penuh keyakinan. Tidak dinafikan, persembahan beliau layak menerima pujian. Apa pula komen anda?

Kredit Foto & Video : Instagram Era Fm


88 responses to “(VIDEO) Lincah Menari ‘Kill This Love’ Di AME 2019, Neelofa Dipuji Netizen”

  1. Anonymous says:

    jadah apa hajah menari kinja2 ats stage bg non mahram tgk awak gedik2 ats tu? suka? puas? bangga? apa nk jd dgn muslimah skrg ni…???! Allahu akbar…!

  2. babe says:

    dah mmg kat umah dia menari dgn adik beradik dia, biasa pakai seluar pendek dan singlet je kat umah
    kat pentas kena pakai tudung la

  3. R says:

    Dulu waktu Lofa mula berhijab. Aku suka tenguk dia. Now aku tak minat sebab dia berserban. Tak sesuai!! Lama tak tenguk bini Nara berserban.

  4. Tk says:

    Koreografi lofa okay okay jer. Tak la hebat mana. lagu Beyonce tu ada goyang bumper cikit. Klu Lofa buat twerking lagi haru! Hmm Lofa should stick to hosting jer la. Your dancing a bit stiff.

  5. lopa lopis says:

    ni geng2 ustaz hamadi la ni kejap2 pakai serban kejap2 paki turban kejap2 pakai jubah kejap2 pakai baju power rangers kejap2 taksir al quran tetiba jadi menari tiang kejap2 pergi mamak kejap2 pergi zouk apa da hal xda benda semua boleh la hajjah kan maksum

Loading...