Written by Bella | April 22nd, 2019

Tahun ini di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019), selebriti popular Neelofa mengejutkan ramai dengan persembahan hangatnya, lincah menari persis bintang K-Pop diiringi dengan lagu hits Kill This Love daripada Blackpink.

Persembahan Neelofa menjadi bualan hangat netizen. Mengenakan pakaian hitam tetapi masih mengekalkan identiti sebagai seorang wanita muslimah, siapa sangka beliau mempunyai bakat terpendam dalam tarian.

Rata-rata netizen terpukau dan meluahkan rasa teruja mereka dengan persembahan Neelofa. Memang power!

Neelofa cukup berani mencuba perkara baru dan menariknya, beliau lakukan dengan penuh keyakinan. Tidak dinafikan, persembahan beliau layak menerima pujian. Apa pula komen anda?

Kredit Foto & Video : Instagram Era Fm

88 responses to (VIDEO) Lincah Menari ‘Kill This Love’ Di AME 2019, Neelofa Dipuji Netizen

  1. Makcik Cabai says:

    Em… Makcik tak tau nak komen apa… cuma kat sini tak dak ka anugerah top fan macam dalam KRT tu?

  2. wekkkkk says:

    betul ke semua orang puji?

  3. Hajjah Nepolah Zouk says:

    Hajjah …wow …mula mula masuk zouk …lepas tu menari pulak ….esok esok ni buka aje tudung baru best …..

  4. ex fans lofa says:

    motif sangat awal2 buat pengumuman artis yang tarik yang diri. APO??????!!

  5. esah jendul says:

    x padan dgn tittle hjh…try hard sgt nak tjk kat fazura…