Pastinya umat Islam ingin meninggal dunia dalam keadaan yang baik atau lebih dikenali sebagai husnul khatimah.
Tular sebuah video yang menunjukkan seseorang lelaki Palestin yang meninggal dunia sewaktu mengaji Al-Quran.
Dalam video yang dikongsikan oleh Abdul Lateef Khaled ini, lelaki tersebut yang boleh dikatakan agak berusia sedang mencium Al-Quran sebelum mula membaca.
Lelaki ini mungkin tidak mempunya ilmu sebanyak sheikh atau mereka yang terkenal, tapi lihatlah cara pemergiannya.
Hajj Khamis Yahya yang berasal dari Khalil yang terletak 30km barat dari Jerusalem dilihat sedang membaca Al-Quran sebelum beliau tumbang dalam keadaan terduduk di atas kerusinya.