Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan bahwa berkemungkinan tragedi letupan yang berlaku di pusat bandar Beirut, Lubnan adalah akibat serangan serangan bom.
Menurut Trump dia telah menemui seorang jeneral tertinggi dan mereka menyatakan letupan tersebut bukanlah berpunca daripada gudang tersebut.
“Mereka rasa ia adalah satu serangan. Ia (gudang) mungkin dibom.”
Namun, Trump menyatakan punca sebenar letupan masih belum dapat dikenal pasti, Laporan sebelum ini mengatakan ianya berpunca daripada kebakaran di gudang tersebut.
Tragedi letupan yang berlaku semalam itu, telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pelabuhan bandar Beirut. Ia turut menghancurkan bangunan di kawasan berhampiran serta mengorbankan kira-kira lebih 70 nyawa dan mencederakan hampir 3,000 orang awam.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.