Pelbagai ragam dan kerenah murid-murid zaman sekarang yang pastinya para guru memerlukan kesabaran yang tinggi setiap hari.
Tular perkongsian di Tik Tok apabila seorang guru terkejut kerana salah seorang anak muridnya membawa seekor kucing ke kelas. Tambah terkejut dan panik guru itu, si bulus itu diletakkan di dalam beg sekolah.
Perkongsian Tik Tok Isfiefaraulah yang menunjukkan seorang guru yang membawa sebuah beg berisi seekor kucing ke dalam bilik guru. Para guru yang berada di bilik guru kelihatan terkejut apabila mendapat tahu anak murid mereka membawa si bulus ke sekolah.
Tambahnya, kucing peliharaan itu sangat besar dan memakai ‘bow tie’ agar kelihatan comel. Untuk mengelakkan proses pembelajaran di dalam kelas terganggu, guru tersebut membawa si bulus itu keluar bilik darjah dan memberi makanan kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengimbau kembali zaman persekolahan mereka. Ada yang berpendapat mungkin mereka belajar mengenai haiwan di sekolah.