Baru-baru ini, pasangan selebriti popular iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dilihat sedang bercuti di Kota London bersama beberapa rakan bisnes lain.
Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila mereka telah berkunjung ke salah satu restoran terkenal milik Salt Bae.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram Aeril, mereka berpeluang bertemu sendiri dengan tukang masak popular itu.
Malah, makanan di restoran tersebut turut dihidangkan sendiri oleh Salt Bae sehingga pelakon itu turut menerima suapan daripadanya.
Namun, kegembiraan yang terpancar dari wajah mereka terus berubah selepas mengetahui jumlah bil yang perlu dibayar mencecah RM10 ribu.
Itulah, lepasni kalau nak makan kena tengok harga dulu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi wajah Aeril yang termenung jauh melihat bil tersebut.
10K nangis, fuhh tapi best happy – netizen.
“Tak apa kenangan andn bahagiakan orang tersayang itu yang penting,” tulis seorang pengguna Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.