Gelagat anak dara pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sering mendapat perhatian malah pempengaruh itu juga kini mempunyai nama dalam bidang penciptaan kandungan.
Berbanding Leona, kembarnya bernama Andika Rees Pahamin kurang aktif di media sosial meskipun mempunyai lebih 58,000 pengikut di Instagram.
View this post on Instagram
Video dikongsikan Leona di TikTok mencuri perhatian ramai apabila pempengaruh berusia 23 tahun tersebut dilihat mengusik kembarnya.
Menerusi rakaman itu, Leona mengusik Rees dengan memujinya rajin membasuh pinggan tanpa disuruh sebelum mengusiknya tentang tidak memiliki teman wanita.
Kakak mereka, Kasih Leia Ixora juga turut berada di ruang tersebut dan tertawa kecil dengan gelagat Leona yang menyebut ciri-ciri wanita yang disukai Rees.
Dia single dan dalam diam sedang mencari seseorang (kekasih). Rees suka wanita yang soft spoken, lemah lembut dan pendiam. Dan pemalu.
Rees kemudian berkata itu adalah ciri-ciri yang ditentukan Leona dalam memilih kekasih hati buatnya sebelum pempengaruh tersebut menjawab bahawa kriteria itu dibuat berdasarkan penilaian terhadap bekas teman wanita kembarnya.
@leonsmeonssFinding my brother a gf♬ original sound – Leona 🦋
Hantaran itu mendapat pelbagai komen dan respon daripada para wanita yang tidak keruan dan cuba ‘masuk jarum’ untuk menjadi kekasih Rees.
Rata-ratanya berseloroh mengatakan mereka memiliki semua ciri-ciri yang disebut itu malah ada yang bergurau dengan memanggil Leona, ‘adik ipar’.
Dalam pada itu, sesetengah individu gemar melihat keakraban tiga beradik berkenaan dan terhibur dengan gelagat mereka apabila bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.